ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki yang juga pemandu jengkaut yang tertimbus ditemui di bawah timbunan tanah di kawasan tapak pembinaan Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang, di sini, pada pukul 12.38 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat Muhammad Nasir Awang Ali, 40, ditemui pasukan bomba ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Operasi mencari mangsa dilakukan hampir tiga jam sebelum mayat pemandu jengkaut itu ditemui tertimbus tidak jauh dari jengkaut berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kerja-kerja mencari mangsa dilakukan dengan bantuan dua buah jengkaut.
“Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dilakukan dengan hati-hati kerana bimbang tanah akan runtuh lagi menimbus mangsa,” ujar beliau.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jul 30 2022
Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa tertimbus di bawah timbunan tanah tidak jauh dari jengkaut berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemandu jengkaut ditemui maut
Mayat mangsa ditemui tertimbus di bawah timbunan tanah tidak jauh dari jengkaut berkenaan.
Pemandu jengkaut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menjalankan kerja-kerja di tapak pembinaan.
Pemandu jengkaut maut dihempap tembok
Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap tembok penahan di sebuah tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara, Jalan PJU 8, Damansara Perdana pagi tadi.
Pemandu jengkaut maut dihempap hari pertama bekerja
Mangsa baru hari pertama bekerja sebagai pemandu jengkaut selepas lama tidak bekerja akibat pelaksanaan PKP.
Pemandu jengkaut ditahan kerana alihkan penghadang konkrit
Lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun itu, yang juga pemandu jengkaut, ditahan di tapak binaan Taman Saga, Alor Mengkudu.
Pemandu jengkaut didakwa bunuh isteri, miliki senjata api tanpa permit
Seorang pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh isterinya dan memiliki senjata api tanpa permit, 1 Mac lalu.